Penilaian Menengah Rendah
Penilaian Menengah Rendah atau PMR adalah peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran atau SRP.Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.
PMR terbuka kepada pelajar Tingkatan Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Para pelajar wajib mengambil tujuh mata pelajaran asas iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Sejarah
- Kemahiran Hidup
- Pendidikan Islam(hanya pelajar Islam)
Objektif dan Laporan
Objektif PMR ialah untuk menilai prestasi pelajar di akhir tahun tiga sekolah menengah sebelum ke peringkat menengah atas yang kemudian akan mengakhiri sistem persekolahan wajib Malaysia.Semua mata pelajaran yang diambil dalam PMR akan dilapor dalam bentuk pernyataan keputusan peperiksaan. Keputusan akan direkod mengikut gred berikut:
|
|
Format Peperiksaan
Bahasa MelayuTerbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 02/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:
- 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
- 7 soalan mencari kesalahan ayat
- 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
- 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
- 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
- 3 soalan mencari ayat yang betul
- 3 soalan berdasarkan peribahasa
- 10 soalan komponen sastera berdasarkan antologi-antologi yang dikaji di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
- Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah
- Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah
- Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah
- Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, 40 markah
- Bahagian D : Kajian Novel, 10 markah
- Meniti Kaca
- Anak Din Biola
- Aku Anak Timur
- Limpahan Darah di Sungai Semur
- Pahlawan Pasir Salak
- Timulak Kapal Perang
- Tragedi Empat Disember
- Kapten Hassan Wira Bangsa
- Panas Salju
- Ekspedisi
- Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
- Merdeka! Merdeka!
- Sehijau Warna Daun
- Seuntai Kata Untuk Dirasa
- Anak Bumi Tercinta
Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar
Bahasa Inggeris
Terbahagi kepada dua kertas. 12/1 Kertas Satu melibatkan soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa (Grammar), sastera (Literature) dan pemahaman (Comprehension). Terdapat:
- 10 soalan berdasarkan gambar/stimulus (Graphics/Stimuli)
- 8 soalan memenuhi perkataan tertinggal dalam petikan berdasarkan jawapan yang diberikan (Rational Cloze)
- 6 soalan mencari makna terdekat (Closest in Meaning)
- 10 soalan berdasarkan petikan (Comprehension)
- 6 soalan sastera Tingkatan Satu (Short Stories and Selected Poems)
- Bahagian A: Karangan Berpandu (Guided Composition), 30 markah
- Bahagian B: Ringkasan (Summary), 10 markah
- Bahagian C: Karangan Novel (Literature), 10 markah
- Potato People
- Robinson Crusoe
- The Phantom of the Opera
- Dr. Jekyll and Mr. Hyde
- The Prisoner of Zenda
Matematik50/1,50/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 20 soalan subjektif, 60 markah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Sains55/1,55/2
Terbahagi kepada dua kertas. Kertas satu melibatkan 40 soalan objektif, 40 markah dan Kertas Dua melibatkan 5-7 soalan eksperimen atau rajah. Hasil tambah dua kertas adalah 100.
Geografi23/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)
Sejarah21/1
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100)
Kemahiran Hidup
Melibatkan satu kertas yang mengandungi 60 soalan objektif, 30 Teras, 30 Elektif, 100 markah (Bilangan Soalan Betul/60 X 100) Elektif-elektif: 76/1 Pilihan 1: Kemahiran Teknikal 77/1 Pilihan 2: Ekonomi Rumah Tangga 78/1 Pilihan 3: Pertanian 79/1 Pilihan 4: Perdagangan dan Keusahawanan
Pendidikan Islam
Melibatkan dua bahagian, satu bertulis jawi dan satu bertulis rumi, Bahagian A mengandungi 2 soalan yang terbahagi pula kepada dua bahagian, pelajar perlu memilih satu soalan dan menjawab semua bahagian di dalamnya, Bahagian A melibatkan topik Tilawah dan Hadis. Bahagian ini mempunyai 20 markah. Bahagian B mengandungi 4 bahagian, iaitu, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Semua wajib dijawab, bahagian ini mempunyai 80 markah. Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.
Bahasa Cina
Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif. 32/1 Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa, prosa moden dan prosa klasik. Terdapat:
- 3 soalan berdasarkan pemahaman bahan rangsangan
- 7 soalan berkaitan tatabahasa, aspek yang diuji termasuklah: HanYuPinYin, Gaya Bahasa, Peribahasa, Ayat Majmuk, Penggunaan Fungsi Kata yang Betul
- 3 soalan mengisi tempat kosong dalam petikan menggunakan perkataan yang paling sesuai/tepat
- 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa moden
- 10 soalan berdasarkan 2-4 petikan pemahaman prosa klasik
- 7 soalan berdasarkan Pepatah Cina Terpilih yang dipelajari di Tingkatan Peralihan hingga 3
- Bahagian A(i) : Penulisan Kaligrafi, 6 markah
- Bahagian B : Ringkasan, 10 markah
- Bahagian C : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 14 markah
- Bahagian D : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 220 patah perkataan, 30 markah
Skop dan Topik-Topik Tahap PMR
|
Kemungkinan dimansuh
Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.